Perumahan mampu milik

Perumahan mampu milik adalah rumah atau lokaliti perumahan yang disifatkan sebagai mampu dimiliki (dibeli) oleh golongan atau isi rumah berpendapatan pertengahan[1] seperti yang dikadarkan oleh sesebuah negara, negeri]], provinsi, wilayah, perbandaran atau Indeks Mampu Milik Perumahan (HAI). Di Australia, Kumpulan Persidangan Perumahan Mampu Milik Nasional menhuraikan definisi rumah mampu milik sebagai, "...sesuai berpatutan dengan piawai dan lokasi pendapatan isi rumah rendah dan sederhana dan tidak menegnakan cas terlalu tinggi hingga isi rumah tidak mampu untuk memenuhi asas keperluan atas dasar kelestarian."[2]Di United Kingdom, perumahan mampu milik termasuklah "sewaan sosial dan perumahan kelas sederhana, menyediakan prasarana khusus buat isi rumah yang memerlukan, bukannya memenuhi keperluan pasaran."[3] Kebanyakan sumber bertulis merujuk perumahan mampu milik sebagai bilangan bentuk yang boleh berterusan - tempat perlindungan kecemasan, perumahan transit, sewaan bukan pasaran (juga dikenali sebagai sosial atau perumahan bersubsidi), kepada sewaan formal kepada bukan formal, rumah masyarakat pribumi dan berakhir kepada pemilikan rumah mampu milik.[4][5][6][7]Penyataan perumahan mampu milik bermula di Eropah dan Amerika Utara pada tahun 1980. Banayk sumber bertulis menunjukkan beberapa permasalahan dengan topik.[8][9][10][11][12][13][14][15] Yang paling jelas, berlakunya pemindahan dasar perumahan United Kingdom daripada keperluan rumah kepada suatu bentuk perumahan yang beroriantasikan analisis pasaran mampu milik yang dibantah oleh Whitehead (1991).[16] Artikel ini membincangkan tentang asas yang berada dibelakang konsep keperluan dan kebolehmampuan dan langkah yang boleh dijelaskan. Artikel ini juga memberi fokus kepada kebolehmampuan pemilikan dan perumahan sewaan persendirian sebagai rumah awam atau rumah sosial untuk penduduk tertentu.Pemilihan perumahan adalah tindak balas yang kompleks lagi ligat dalam kapasiti perekonomian, sosial dan denyutan psikologi.[15] sebagai contoh, beberapa isi rumah mungkin memilih untuk membayar lebih bagi rumah yang mereka rasakan mereka mampu miliki, manakala yang lain tidak mempunyai pilihan.[17] Di Amerika Syarikat[18] dan Kanada,[19] umumnya menerima garis panduan bagi perumahan mampu milik sebagai kos perumahan yang tidak melebihi 30 % dari pendapatan kasar isi rumah. Apabila kos bawaan bulanan melebihi 30–35% dari pendapatan per isi rumah, maka perumahan tersebut tidak lagi dikira sebagai perumahan mampu milik bagi isi rumah tersebut. Ini menunjukkan, perumahan mampu milik dilihat kompleks dan umumnya suatu alat digunakan bagi mengira perbelanjaan perumahan per nisbah pendapatan. Di Kanada sebagai contoh, kerjaan menukar peraturan 25% kepada 20% pada tahun 1950s, manakala pada 1980, ia ditukar kepada syarat 30%. India pula menekankan syarat 40%. [15]

Rujukan

WikiPedia: Perumahan mampu milik http://www.qahc.asn.au/images2/website/affordabili... http://www.qahc.asn.au/modules/tinyd0/index.php?id... http://www.actu.org.au/Images/Dynamic/attachments/... http://www.calgary.ca/CSPS/CNS/Documents/homelessn... http://www.cmhc-schl.gc.ca/en/corp/faq/faq_002.cfm http://www.statcan.gc.ca/pub/75-001-x/11106/9519-e... http://www.urbancenter.utoronto.ca/pdfs/researchas... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/perumahan-... http://usj.sagepub.com/content/30/1/127.full.pdf http://link.springer.com/article/10.1007/s10901-01...